Thursday, April 30, 2015

PENGUMUMAN OLEH SEKRETARIAT SATU JUTA TANDATANGAN BEBASKAN ANWAR:


Oleh kerana kebanyakan ahli jawantankuasa melibat diri dalam kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Rompin dan juga Perhimpunan Anti GST. Sekretariat Satu Juta Tandatangan Bebaskan Anwar mengumumkan bahawa akan menunda tarikh pengumpulan tandatangan pada 1 Mei ke tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Berdasarkan pelan awal, Sekretariat akan mengumpul tandatangan daripada orang awam di depan penjara Sungai Buloh pada 1 Mei 2015.

Sekretariat juga menyeru rakyat Malaysia menyertai Perhimpunan Anti GST pada hari esok untuk menentang kerajaan BN yang zalim. Selain itu, Sekretariat juga akan menyediakan borang "Satu Juta Tandatangan Bebaskan Anwar" untuk orang awam menandatangani pada hari esok di tempat Perhimpunan Anti GST.

-------------------------------------

Sekiranya anda ingin hantar tandatangan yang telah dikumpul, anda boleh hantar ke:

Tempat pengumpulan:
Pusat khidmat YB-YB Pakatan Rakyat

Juga Boleh Hantar Melalui:
Email: freeanwarpetition@gmail.com
Whatsapp: 016- 421 1127
Fax: 03-79549202
Alamat: No 11, Lorong 4E, Seksyen 11, 46200 Petaling Jaya, Selangor
FB message: http://goo.gl/5rMO4m

1 comment:

  1. The only Malaysia leader that will save Rakyat Malaysia from the corrupted umNo-bn!

    ReplyDelete